Anwar terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Shenandoah, AS
Iklan
Anwar (tengah) menerima Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Shenandoah, AS.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang undang-undang daripada Universiti Shenandoah, Amerika Syarikat.
Anugerah tersebut disampaikan Presiden Universiti Shenandoah, Dr Tracy Fitzsimmons dalam satu majlis di Pusat Aktiviti Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak, di sini.
Iklan
Iklan
Penganugerahan kedoktoran itu kepada Anwar adalah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Perdana Menteri dalam kepimpinan dan pembangunan masyarakat.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari.
Iklan
Anwar ketika menyampaikan ucapan penghargaan berkata, beliau menerima ijazah kedoktoran itu secara terbuka, dan berkata penganugerahan tersebut bukan kerana jawatannya sebagai perdana menteri.
"Universiti Shenandoah telah ditubuhkan lama sebelum saya menjadi perdana menteri, anugerah ini tidak diberikan kepada saya kerana kebetulan saya seorang perdana menteri, tetapi ia untuk kerja yang kita lakukan bersama bertahun-tahun, selama beberapa dekad, bekerja ke arah mempromosikan kebebasan dan maruah manusia," katanya.
Iklan
Selesai majlis berkenaan, Perdana Menteri kemudian menghadiri Program 'Meet Anwar@IIUM: A Special Homecoming' yang merupakan platform dialog terbuka antara Perdana Menteri dan warga kampus, khususnya penuntut universiti.
UIAM dalam kenyataan memaklumkan hampir 3,000 warga universiti berkenaan hadir di program itu yang merangkumi mahasiswa, pensyarah dan kakitangan pentadbiran dari dalam dan luar negara.
"Kehadiran Anwar ke UIAM membawa makna istimewa kerana beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden UIAM yang kedua dari 1988 hingga 1999.
"Kehadirannya disifatkan sebagai 'sirih pulang ke gagang', mengenangkan banyak pembangunan pesat infrastruktur UIAM telah dicetuskan semasa era kepimpinan beliau sebagai Presiden UIAM," menurut kenyataan itu. - Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.