Ringgit pulih selepas penangguhan tarif 90 hari
Iklan
Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4670/4730 berbanding dolar AS, mencatatkan kenaikan sebanyak 0.58 peratus daripada 4.4935/4990 ketika ditutup pada Rabu. Foto hiasan
RINGGIT ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menamatkan tiga hari penurunan berturut-turut susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump mengenai penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.
Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4670/4730 berbanding dolar AS, mencatatkan kenaikan sebanyak 0.58 peratus daripada 4.4935/4990 ketika ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penangguhan tersebut meningkatkan sentimen pasaran dan membuka jalan bagi negara-negara untuk berunding dengan kerajaan AS dan mungkin mencapai hasil yang lebih baik.
"Hal itu menyumbang kepada pemulihan dalam aset berisiko di pasaran saham dan mata wang," katanya kepada Bernama.
Iklan
Dilaporkan sepanjang tempoh penangguhan 90 hari berkenaan, tarif akan kembali kepada kadar asas sebanyak 10 peratus walaupun rundingan dengan AS terus berlangsung.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama pada Khamis.
Iklan
Ringgit melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.0594/0639 daripada 3.0921/0964, menokok berbanding euro kepada 4.9401/9467 daripada 4.9640/9700 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7566/7644 daripada 5.7629/7700 pada Rabu.
Mata wang tempatan itu juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit berkembang sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 265.5/265.9 daripada 266.3/266.7 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.79/7.81 daripada 7.83/7.85.
Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0618/0866 daripada 12.9915/13.0153 dan lebih lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3361/3411 daripada 3.3349/3395 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>