Bayi lima bulan meninggal dunia di taska
Iklan
Bapa mangsa membawa jenazah untuk solat jenazah.
ISKANDAR PUTERI - [DIKEMAS KINI] Seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di sebuah taska di kawasan Kangkar Pulai di sini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada Rabu.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati bayi lelaki tersebut tidak sedarkan diri selepas dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh, seorang wanita tempatan berumur 34 tahun.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Iklan
"Hasil bedah siasat ke atas bayi tersebut juga tidak menemukan sebarang kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa, namun punca kematian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.
Iklan
Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>