'Tanah bank' didakwa bawa kekayaan, elak nasib buruk

Iklan
Tanah bank yang dijual secara online yang dipercayai boleh menjadikan pembelinya kaya-raya. Agensi

BEIJING - Beberapa kedai dalam talian di China kini menjual produk dikenali sebagai 'tanah bank' dan mendakwa pembeli bakal menjadi kaya-raya kerana ia diambil dari luar bank-bank utama di negara itu.

Harga setiap bahagian 'tanah bank' dikatakan boleh mencecah sehingga 888 yuan (RM551).

Iklan
Iklan

Produk yang sedang tular ini dikatakan diambil dari kawasan hijau di luar bank, tanaman pasu di lobi bank atau

debu dari mesin pengiraan wang.

Bahagian yang paling murah dijual pada harga 24 yuan (RM15).

Iklan

Seorang wakil jualan menjelaskan tanah tersebut dikutip secara manual dari lima bank utama dan dipercayai dapat meningkatkan kekayaan serta menghilangkan 'nasib buruk' pembelinya.

Malah, tanah bank ini dikutip pada waktu malam dari kawasan hijau di hadapan bank-bank tersebut, bukan hanya dari satu cawangan bank.

Iklan

Di kedai lain, produk ini diiklankan sebagai tanah yang dikumpul hanya pada waktu tengah hari, manakala penjual ketiga mendakwa tanah mereka mempunyai 'kadar kejayaan 999.999 peratus dalam menjana kemewahan'.

Beberapa kedai dalam talian bahkan memuat naik video yang menunjukkan proses penggalian tanah untuk membuktikan kesahihannya.

Seorang pembeli yang enggan dikenali memberitahu Red Star News bahawa mereka menjalankan perniagaan dan berharap tanah itu dapat membantu perniagaan mereka berkembang, sambil menambah bahawa ramai rakan mereka juga membeli tanah tersebut.

Penjualan produk pelik ini telah mencetuskan ejekan di media sosial Tanah Besar China.

Seorang pemerhati dalam talian berkata dia ketawa besar apabila mengetahui terdapat penjualan tanah bank.

"Apa itu tanah bank? Saya bekerja di bank dan saya terpaksa bawa tanah dari rumah untuk menanam bunga di pejabat," katanya.

Seorang lagi menambah dia juga tinggal di sebelah bank dan sehingga hari ini tidak pernah menjadi kaya-raya. - Agensi