Muna Qaisara dijumpai selamat selepas 4 hari hilang

Iklan
Muna Qaisara disahkan ditemui dalam keadaan selamat pada petang Rabu.

KUALA TERENGGANU - Pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan hilang dari asrama di daerah ini sejak empat hari lalu telah dijumpai.

Muna Qaisara Muhammad Budiman, 15, disahkan ditemui dalam keadaan selamat pada petang Rabu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Butiran lanjut akan dikongsikan selepas ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, keluarga pelajar berkenaan membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas menerima maklumat bahawa anak mereka tiada di asrama dan gagal dihubungi.

Kali terakhir remaja terbabit dilihat memakai jubah merah hati dan tudung krim pada petang kejadian, Sabtu lalu.

Iklan