Banjir kilat di Jeli, 36 penduduk bermalam di PPS

Iklan
Anggota Polis sedang meninjau kawasan yang dilanda banjir kilat dan bertanyakan khabar pada penduduk.

JELI - Seramai 36 penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Lakota, Kulim dan Air Puteh di sini terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, kesemua mangsa daripada 11 keluarga itu ditempatkan di PPS Kampung Lakota setakat jam 8 malam.

Iklan
Iklan

"Kesemua pendaftaran mangsa yang terlibat telah dilakukan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jeli," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Seramai 36 penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Lakota, Kulim dan Air Puteh di Jeli terpaksa berlindung di PPS selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, pihaknya telah membuat lawatan ke PSS untuk melihat keadaan mangsa banjir dan memastikan segala persiapan diatur dengan baik.

Katanya, polis mengambil berat keadaan mangsa banjir yang telah berpindah ke PPS.

Iklan