Tarif Trump ke atas China: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Iklan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.4935/4990 berbanding dolar AS 4.4885/4930 ketika ditutup semalam. Gambar hiasan

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu, terjejas akibat sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan laporan pelaksanaan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China, menandakan kemungkinan berlakunya perang dagangan yang berpanjangan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.4935/4990 berbanding dolar AS 4.4885/4930 ketika ditutup semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tindakan dagangan balas boleh mengeruhkan lagi keadaan, susulan tarif AS meningkatkan kos perniagaan dan hidup, seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

"Tumpuan utama dalam kalangan bank pusat kini ialah bagaimana memanfaatkan dasar monetari untuk memacu ekonomi, dengan, sebagai contoh, mengekalkan pertumbuhan sebagai keutamaan segera,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Beliau berkata, keadaan yang tidak stabil ini berkemungkinan menyebabkan pasaran mata wang berterusan dalam keadaan sangat tidak menentu untuk tempoh terdekat.

Sementara itu, ringgit diniagakan menyusut berbanding mata wang utama hari ini.

Iklan

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0921/0964 daripada 3.0501/0533, susut berbanding euro kepada 4.9640/9700 daripada 4.9005/9055 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7629/7700 daripada 5.7210/7268 semalam.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.9915/13.0153 daripada 12.8898/9094 dan turun berbanding rupiah Indonesia pada 266.3/266.7 daripada 265.7/266.1 ketika ditutup semalam.

Ringgit juga merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3349/3395 daripada 3.3224/3259 sebelum ini manakala ia hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.83/7.85 daripada 7.83/7.84. - Bernama