Warga emas dipanggil polis, pandu kereta di lorong motosikal

Iklan
Tular rakaman video berdurasi 36 saat yang memaparkan sebuah kereta dipandu melalui lorong motosikal di Plaza Tol Bandar Cassia.

NIBONG TEBAL - Polis telah mengenal pasti pemandu Perodua Axia berusia 75 tahun yang memandu kereta di lorong motosikal berhampiran Plaza Tol Bandar Cassia, Batu Kawan, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, pemandu terbabit dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPS untuk diambil keterangan sebelum saman dikeluarkan kepadanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berkenaan dalam perjalanan ke Batu Kawan dari Butterworth namun tersalah memasuki lorong motosikal.

"Pemandu itu hanya menyedari kesilapannya setelah dihon oleh kenderaan lain, namun dia tetap meneruskan perjalanan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pemandu tersebut telah disaman mengikut Kaedah 8(3) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 kerana gagal mematuhi papan tanda di laluan trafik.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 36 saat yang memaparkan sebuah kereta dipandu melalui lorong motosikal di Plaza Tol Bandar Cassia.

Iklan

Jay January menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.