MBAS buat penilaian semula cukai taksiran selepas 33 tahun

Iklan
Abdul Gafar

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sedang menjalankan proses penilaian semula cukai taksiran bagi penyediaan nilai yang baharu setelah 33 tahun penilaian terbabit tidak dilaksanakan.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, setakat ini penilaian terbabit sudah berjalan sebanyak 80 peratus.

Iklan
Iklan

Katanya, baki 20 peratus proses penilaian itu akan melibatkan rumah-rumah kampung dan harta khas yang dianggarkan sebanyak 20,000 pegangan.

"Setelah 33 tahun, pada tahun ini MBAS melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta melaksanakan penilaian terbabit untuk menampung kos pengurusan dan perkhidmatan yang lebih baik.

Iklan

"Saya mewakili MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Bandaraya Alor Setar yang memberikan kerjasama baik sepanjang proses penilaian ini berjalan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, selain itu turut termasuk dalam penilaian ini adalah isu binaan tanpa kebenaran MBAS dan isu bangunan kediaman yang dijadikan perniagaan.

Iklan

"Selepas selesai proses penilaian semula, MBAS akan mengangkat kertas cadangan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

"Kemudian kita akan adakan sesi pendengaran awam atau bantahan untuk warga bandaraya ini sebelum cukai baharu dilaksanakan,” elasnya.