Arab Saudi perketat syarat visa transit elektronik

Iklan
Visa transit elektronik kini hanya akan diberikan kepada mereka yang terbang dari atau ke negara yang tersenarai dalam 'Kumpulan A'. Foto Agensi

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi telah memperketat syarat kelayakan bagi visa transit elektronik yang kini hanya ditawarkan kepada pengembara dari senarai khusus 18 negara, menurut maklumat rasmi yang diperoleh oleh portal Cairo 24.

Visa transit elektronik atau e-stopover visa, yang lazim digunakan oleh penumpang transit, kini hanya akan diberikan kepada mereka yang terbang dari atau ke negara yang tersenarai dalam 'Kumpulan A' oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Senarai 18 negara tersebut ialah Kanada, Amerika Syarikat, Austria, Cyprus, Perancis, Jerman, Greece, Itali, Belanda, Sepanyol, Switzerland, United Kingdom, China (termasuk Hong Kong dan Macau), Malaysia, Maldives, Singapura, Thailand, Turkiye, dan Mauritius.

Senarai 18 negara berkenaan. Foto Agensi

Susulan itu, perkhidmatan tersebut kini terhad sepenuhnya kepada pengembara yang memulakan atau menamatkan perjalanan mereka di salah satu negara yang disenaraikan.

Iklan

Langkah ini bertujuan memperkemas proses visa dan memberi keutamaan kepada penumpang dengan laluan perjalanan yang lebih teratur dan boleh dijangka.

"Tujuan utama syarat ini ialah bagi memastikan kredibiliti dan pematuhan terhadap peraturan baharu visa yang ditetapkan kerajaan,” menurut kenyataan rasmi daripada syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia).

Iklan

Visa transit elektronik ini membenarkan pengembara tinggal di Arab Saudi selama maksimum 96 jam, dan sering digunakan oleh mereka yang ingin menunaikan umrah atau melawat destinasi utama seperti Riyadh, Jeddah atau Madinah semasa transit. -Agensi