[VIDEO] Dadah lebih RM14 juta dirampas, taktik edar dadah guna kurier terbongkar

Iklan

ISKANDAR PUTERI – Polis bongkar taktik pengedaran dan pemprosesan dadah ke Singapura serta Indonesia menggunakan kurier selepas merampas dadah bernilai RM14.39 juta dan menahan pasangan kekasih pada 27 Mac lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, sindiket berkenaan turut mempunyai makmal mini untuk memproses dadah di sebuah pangsapuri.

Iklan
Iklan

"Serbuan pertama dilakukan jam 5.35 petang selepas menahan kereta Honda City dipandu pasangan kekasih berusia 28 tahun itu.

"Pemeriksaan di bahagian belakang kerusi belakang kereta telah menemui dua bungkus plastik lutsinar berisi syabu seberat dua kilogram (kg), enam bungkus heroin (3.3kg) dan empat bungkus heroin 'base' (1.5kg).

Iklan

"Seterusnya, pihak JSJN Bukit Aman melakukan serbuan kedua jam 6.15 petang di sebuah pangsapuri dan menemui 56 bungkusan plastik berisi pil ekstasi (83kg) dan 69 bungkusan plastik berisi heroin (31.2kg) di bilik utama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada Selasa.

Iklan
Mat Zani (tiga, kanan) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada Selasa.

Mat Zani menambah, sindiket dadah antarabangsa berkenaan antara yang terbesar beroperasi di negeri ini sejak penghujung tahun lalu.

"Siasatan mendapati modus operandi (MO) sindiket ini adalah dalang utama yang beroperasi dari luar negara memberikan arahan kepada 'penghantar' menerusi media sosial terutama aplikasi WeChat dan WhatsApp.

"Ia termasuk penghantaran kepada pembeli pasaran tempatan selain pasaran Singapura dan Indonesia yang dihantar melalui syarikat kurier. Penghantar berkenaan dibayar lumayan sehingga RM9,000 bagi setiap transaksi jualan mengikut berat dadah yang berjaya diurusniagakan," katanya.

Menurutnya, nilai berat keseluruhan rampasan dadah sebanyak 121kg dan boleh digunakan oleh 658,000 penagih.

Jelasnya, sindiket yang aktif sejak September tahun lalu itu menyewa pangsapuri di kawasan berpagar dan berpengawal dengan kadar RM2,500 sebulan sebagai pusat pemprosesan dadah.

"Kedua-dua suspek dipercayai mendapat bekalan dadah dari luar negara dan dibawa masuk ke kawasan Pantai Timur sebelum menghantar bekalan dadah secara kurier.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine. Semakan rekod lampau mendapati suspek berkenaan mempunyai satu rekod jenayah di Malaysia pada 2014 kerana melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.

"Suspek ini juga pernah ditangkap di Singapura pada 2015 dan dibebaskan pada 28 Februari tahun lalu atas kesalahan dadah dengan dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan lapan bulan serta sebatan 11 rotan," ujarnya.

Katanya, polis sedang giat mengesan dalang utama yang dipercayai dari luar negara selain anggota sindiket lain di negara ini.