Lelaki warga Myanmar ditemukan lemas
Iklan
Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan melakukan pencarian seorang lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di sungai berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Linggi, pada Isnin. Foto Bernama
SEREMBAN - Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan lemas di tebing Sungai Kampung Sega Hilir Lombong Rantau petang tadi dengan jarak 3.5 kilometer dari lokasi mangsa didapati terjatuh ketika menjala ikan semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, usaha pencarian mangsa berusia 35 tahun itu mengambil masa lebih 24 jam disebabkan faktor hujan yang menyebabkan arus sungai deras di kawasan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Hasil operasi itu, mangsa ditemui pada 4.55 petang tadi dan mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin
Beliau berkata, seramai 49 anggota polis bersama pihak bomba dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) membantu proses pencarian di kawasan sekitar sungai berkenaan.
Iklan
Terdahulu, seorang lelaki warga Myanmar dilaporkan dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di sungai berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Linggi di sini bersama adik serta dua rakannya petang semalam. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000"><meta itemprop="description" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-10T06:00:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6ebv2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6ebv2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6ebv2"></script>