Waktu bila perlu niat jamak takdim, takhir dan qasar?

Iklan
WAKTU niat jamak takdim, jamak takhir dan qasar adalah berlainan.

ANTARA rukhsah atau keringanan yang diberikan ALLAH SWT kepada para hamba-NYA adalah ketika mereka melakukan musafir yang melebihi jarak dua marhalah atau lebih 81 kilometer iaitu boleh menjamakkan solat serta menqasarkannya.

Bagaimanapun, kadangkala ada sebahagian daripada kita terkeliru, bilakah masa yang tepat untuk melakukan niat jamak takdim, takhir dan qasar itu? Apakah ketika takbiratulihram atau di luar solat?

Iklan
Iklan

Mengulas mengenai perkara ini, pendakwah PU Salman atau nama sebenarnya Salman Maskuri menjelaskan, ada perbezaan antara waktu niat jamak takdim, jamak takhir dan niat qasar.

PU SALMAN

Iklan

"Kata Imam An-Nawawi, kita boleh niat jamak takdim ketika solat dan tidak semestinya dalam takbiratul ihram. Daripada takbiratulihram sampailah salam yang pertama, kita boleh niat jamak takdim pada mana-mana waktu dan bahagian dalam solat tersebut,” jelasnya dalam perkongsian ilmu di akaun TikToknya pada Sabtu.

Hurainya, niat jamak takdim tersebut boleh dibuat di dalam hati ketika masih berada dalam solat yang pertama iaitu sama ada solat Zuhur atau Maghrib.

Iklan

Adapun bagi niat jamak takhir, ia mesti dilakukan dalam waktu pertama solat iaitu Zuhur atau Maghrib dan ia bukan dilakukan ketika dalam solat.

DIBOLEHKAN untuk menjamak dan menqasarkan solat ketika bermusafir.

"Sebagai contoh lima minit sebelum masuk Asar atau Isyak, kena niat jamak takhir dan ia dilakukan dalam waktu solat Zuhur atau Maghrib, bukannya dalam solat,” ujarnya.

Tambahnya, dalam solat tidak perlu lagi untuk niat jamak takhir.

"Niat qasar wajib dilakukan dalam takbiratul ihram,” katanya.