Dua beranak cedera lori kemalangan dengan kereta

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lori.

BUKIT MERTAJAM - Dua beranak mengalami kecederaan apabila lori yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran persimpangan lampu isyarat, Jalan Kebun Sireh, Kebun Sireh di sini pada pagi Isnin.

Dua mangsa yang cedera itu merupakan pemandu lori berusia 74 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata, lori yang dinaiki dua beranak terbabit dipercayai membawa muatan palet kayu.

Menurutnya, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, mereka mendapati pemandu dan penumpang lori tersepit di tempat duduk masing-masing.

Iklan

"Pemandu kereta Mercedes Benz berusia 43 tahun telah dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

"Kami berjaya mengeluarkan pemandu dan penumpang lori yang tersepit. Kedua-duanya hanya cedera ringan dan diberikan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mohamad Shoki menambah, pasukannya turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya dan operasi tamat pada jam 12.10 tengah hari.