KOTA BHARU - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta rasuah RM10,000 daripada keluarga mangsa kes rogol.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.