Isteri Ali XPDC meninggal dunia

Iklan
Isteri penyanyi Ali XPDC iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 54, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, jam 6.08 petang tadi akibat kanser payudara.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Isteri kepada vokalis kumpulan rock XPDC iaitu Ali, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53 dilaporkan meninggal dunia akibat kanser payudara pada Ahad.

Sharifah Azuwanna meninggal dunia pada 6.08 petang di Hospital Putrajaya dengan berita itu disahkan sendiri oleh Ali.

Iklan
Iklan

Ali yang ditempatkan di Hospital Cyberjaya nyata begitu sedih dengan pemergian isterinya yang banyak membantu keluarga sejak penyanyi itu jatuh sakit.

Menurut Ali, jenazah isterinya akan dibawa ke Masjid Bandar Salak Tinggi, Sepang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Salak Tinggi selepas Isyak.

Iklan

Pada 24 Mac lalu, Allahyarham Sharifah Azuwanna telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana kanser payudara, sementara Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah.

Bagaimanapun, Ali sudah dibenarkan keluar dari wad sejak Khamis lalu dan kini berehat di rumah.

Iklan