Anwar beri jaminan Malaysia tidak akan alami kemelesetan meskipun tarif AS

Iklan
Anwar menerusi hantaran video yang menyentuh mengenai tarif AS.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.

Anwar juga menegaskan, Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.

Iklan
Iklan

"Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari perspektif ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 - 5.5 peratus perlu disemak semula.

"Bagaimanapun, buat masa ini, saya beri jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia," katanya menerusi hantaran video yang menyentuh mengenai tarif AS.

Iklan

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata asas makroekonomi negara masih kekal kukuh. - Bernama

Iklan