SUBANG JAYA - Kerajaan negeri mengagihkan juadah hari raya kepada ratusan mangsa letupan gas di Putra Heights susulan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat Selangor yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.
Tinjauan Sinar Harian pada hari keenam di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights mendapati, pelbagai hidangan yang disediakan kepada mangsa terjejas seperti sate, kambing bakar, mi kari, pecal, makanan bergoreng dan pelbagai jenis minuman.