Pandelela menang gangsa di Montreal
Iklan
ATLET terjun negara, Pandelela Rinong terus menambah koleksi pingatnya dengan memperoleh satu lagi pingat gangsa dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal, Kanada menerusi acara 10m platform wanita pada semalam.
Atlet dari Sarawak berusia 26 tahun itu memperoleh 337.55 mata untuk menduduki tempat ketiga selepas permulaan yang perlahan dengan tempat kelima pada terjunan pertama tetapi dapat mengembalikan rentak dan menaiki podium akhirnya.