HASRAT skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan 7s Asia Tenggara (SEA 7s) tidak kesampaian apabila tewas kepada Thailand pada Sabtu.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura itu skuad Bunga Raya negara kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man tewas 5-10 kepada anak buah Masahiro Tsuiki berkenaan.