Yuneswaran tawar diri kekal terajui Cabang Tebrau
Iklan
Yuneswaran
JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran mengumumkan hasrat untuk terus kekal menerajui Cabang Keadilan Tebrau bagi penggal 2025-2028.
Yuneswaran yang pernah menerajui cabang itu sebelum ini berkata, keputusan kembali bertanding dibuat demi meneruskan legasi reformasi di kawasan Tebrau yang pernah menjadi tapak awal perjuangannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Iklan
Iklan
"Saya telah bersama Cabang Keadilan Tebrau sejak menyertai PKR pada tahun 2008.
"Sepanjang hampir 17 tahun, saya telah menimba pelbagai pengalaman politik dari peringkat akar umbi sehingga kini diberi kepercayaan sebagai Ahli Parlimen Segamat,” katanya dalam muat naik di Facebooknya.
Iklan
Beliau turut memperkenalkan barisan kepimpinan baharu yang akan bersama-samanya termasuk calon Timbalan Ketua Cabang, Zaidi Zakaria yang juga veteran Angkatan Tentera Malaysia, dan calon Naib Ketua Cabang, Chiong Sen Loon yang juga pengurus di sebuah syarikat swasta.
Katanya, pasukannya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk Orang Asli, peguam, guru, jurutera, aktivis masyarakat, ahli perniagaan, anak muda dan wanita pelbagai kaum.
Iklan
"Kami percaya kekuatan sebenar PKR datang daripada kepelbagaian yang bersatu. Misi kami adalah untuk melahirkan lebih ramai pelapis kepimpinan yang berkualiti dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” jelas beliau.
Tambah Yuneswaran, Cabang Tebrau kini diiktiraf sebagai antara yang paling aktif di Johor, dengan jumlah keahlian mencecah lebih 15,000 anggota dan ranting yang paling banyak ditubuhkan.
"Ini membuktikan bahawa semangat reformasi terus subur dan diterima oleh semua kaum di Tebrau. Kita akan terus memastikan PKR kekal relevan dan berdaya saing di peringkat cabang dan nasional,” katanya.
Sebelum itu pada Februari lalu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse menyatakan hasrat untuk bertanding Ketua Cabang PKR Tebrau dan bersedia melepaskan jawatan Ketua Cabang PKR Pulai yang disandang ketika ini.
Pemilihan pimpinan pusat PKR dijangka berlangsung pada 24 Mei, bermula dengan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>