DJ dan produser terkenal dari Belanda, Hardwell, akan kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun bagi memeriahkan festival muzik elektronik terbesar, NEON Music Festival yang bakal berlangsung pada 11 April depan di KL Base Field, Sungai Besi.
Penganjur NEON Projects Sdn Bhd berkata, Hardwell akan membawakan lagu-lagu hit seperti Spaceman serta memperkenalkan bunyi terbaharunya, Big Room Techno.
Iklan
Iklan
Pihaknya juga menjangka kehadiran 20,000 peminat dan turut dihiburkan oleh duo DJ dan produser dari Ukraine, ARTBAT, yang terkenal dengan muzik melodic techno dan visual menakjubkan, akan membuat debut mereka di rantau ini dengan persembahan audio-visual UPPERGROUND.
Festival ini juga akan menyaksikan persembahan triple back-to-back (b3b) pertama kali di Malaysia oleh tiga nama besar dalam Progressive House: DUBVISION, Matisse & Sadko, dan Third Party. Persembahan ini dianggap sebagai pembukaan lembaran baru dalam muzik tarian tempatan.
Selain barisan artis antarabangsa, festival ini turut menampilkan artis tempatan seperti 22Bullets b2b Marvinz1r, Blink, Chukiess & Whackboi, Dirty Signal, Honey Gee, dan RXB.
NEON Music Festival 2025 menjanjikan pengalaman imersif dengan pentas LED berdefinisi tinggi, grafik reflektif masa nyata, paparan laser canggih, dan sistem bunyi berkualiti tinggi. Festival ini juga menampilkan pemasangan seni, peluang bergambar menarik, serta penekanan pada keselamatan dan keselesaan pengunjung.
Bagi mereka yang berminat, tiket masih tersedia dengan harga Early Bird RM288. Tiket boleh dibeli di www.neonmusicfestival.asia.