Kebakaran Putra Heights: MEF sokong cuti ihsan bergaji
Iklan
MEF sokong majikan memberi cuti ihsan bergaji dan mempertimbangkan aturan kerja fleksibel kepada pekerja terjejas dalam kebakaran saluan gas di Putra Heights. Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong penuh seruan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), supaya majikan memberi cuti ihsan bergaji dan mempertimbangkan aturan kerja fleksibel kepada pekerja terjejas dalam kebakaran saluan gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.
Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, kejadian itu memberi kesan ketara terhadap komuniti setempat dan menggesa majikan untuk menunjukkan empati dan tanggungjawab berhadap mereka terkesan.
Iklan
Iklan
"MEF menyedari ramai pekerja terjejas mengalami kesukaran akibat kerugian peribadi, perpindahan dan kesejahteraan keluarga mereka.
"Oleh itu, penting untuk perniagaan mengguna pakai dasar ihsan bagi menyokong pekerja mereka yang terjejas, sambil memastikan kesinambungan perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Syed Hussain berkata, Seksyen 60P Akta Kerja 1955, membenarkan pengaturan waktu kerja fleksibel termasuk hari dan lokasi bekerja, membolehkan majikan untuk membuat pelarasan berdasarkan keperluan pekerja dalam keadaan luar biasa.
Beliau juga menggesa majikan untuk mengambil langkah proaktif, seperti menyediakan sokongan kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseling kepada pekerja terjejas, serta memastikan saluran komunikasi dan bantuan untuk mereka yang memerlukan bantuan.
Iklan
"MEF memuji majikan sektor swasta yang telah mengambil langkah untuk menyokong pekerja mereka yang terkesan dan menggalakkan semua perniagaan tanpa mengira saiz, untuk mempertimbangkan langkah ini sebagai sebahagian daripada inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” katanya.
Pada Selasa, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan berlaku kebakaran melibatkan saluran utama Petronas Gas Bhd (PGB) pada 8.10 pagi.
Kebakaran itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya dan menyebabkan kawah berkedalaman 9.8 meter, dengan keluasan kira-kira 21X24 meter terbentuk di lokasi kejadian.
Secara keseluruhannya kebakaran itu melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga, 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>