KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 1 tengah hari.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Kedah iaitu di Langkawi, Kuala Muda, Sik dan Baling, serta daerah Hulu Perak di Perak.