5 maut dalam insiden bot terbalik di Lautan Aegean

Iklan
Sekurang-kurangnya lima orang maut pada Khamis apabila sebuah bot yang membawa pendatang tanpa izin terbalik di perairan Laut Aegean, berhampiran wilayah Canakkale di barat laut Turkiye.

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya lima orang maut pada Khamis apabila sebuah bot yang membawa pendatang tanpa izin terbalik di perairan Laut Aegean, berhampiran wilayah Canakkale di barat laut Turkiye, lapor Xinhua memetik laporan Anadolu Ajansi.

Menurut agensi itu, Komando Kumpulan Pengawal Pantai Aegean Utara menerima makluman mengenai kejadian berhampiran daerah Ayvacik.

Iklan
Iklan

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi berjaya menyelamatkan 25 orang sebelum membawa mereka ke hospital di wilayah Balikesir dan Canakkale.

Usaha mencari mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan.

Iklan

Berdasarkan statistik terkini yang diterbitkan di laman sesawang Komando Pengawal Pantai Turkiye, seramai 13 migran maut di perairan negara itu tahun ini, manakala 4,880 migran berjaya dipintas dan 101 orang yang terlibat dalam pemerdagangan manusia ditahan.

Laut Aegean sejak sekian lama menjadi laluan utama bagi migran yang cuba memasuki Eropah melalui Türkiye.

Iklan

Sebagai antara destinasi utama bagi pelarian di dunia, Turkiye kini menempatkan lebih 4 juta migran dan majoritinya rakyat Syria, menurut Direktorat Komunikasi Presiden negara itu. - Bernama/ Xinhua