Takut dibunuh, lelaki nikahkan isteri dengan kekasih gelap

Iklan
Bablu turut menjadi saksi rasmi bagi urusan perkahwinan mereka. - Agensi

NEW DELHI - Seorang lelaki di Uttar Pradesh, India, membuat keputusan luar biasa dengan menikahkan isterinya dengan kekasih wanita itu kerana bimbang menjadi mangsa pembunuhan.

Lelaki tersebut, Bablu, dari Kampung Katar Jot, berkahwin dengan Radhika pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua anak.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, selepas mengetahui isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Vikas selama lebih setahun, Bablu mengambil langkah mengejutkan dengan mengatur perkahwinan mereka.

"Melihat kes-kes pembunuhan suami oleh isteri sendiri, saya tidak mahu mengambil risiko. Saya lebih rela menikahkan mereka supaya kami semua dapat hidup dengan aman,” katanya kepada pemberita pada Rabu, lapor NDTV.

Iklan
Pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua anak. - Agensi

Perkahwinan Radhika dan Vikas berlangsung di sebuah kuil Shiva dengan kehadiran penduduk kampung.

Bablu turut menjadi saksi rasmi bagi urusan perkahwinan mereka.

Iklan

Namun, hanya beberapa hari selepas berpindah ke rumah Vikas di Gorakhpur, ibu mentua baharu Radhika meminta menantunya kembali kepada Bablu kerana bimbang terhadap kebajikan dua anaknya.

Bablu akhirnya menerima Radhika semula dan berjanji akan bertanggungjawab ke atasnya.

"Kami akan meneruskan kehidupan sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Insiden ini berlaku ketika India digemparkan dengan beberapa kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri, termasuk kes di Meerut dengan seorang wanita dan kekasihnya membunuh serta memotong mayat suami sebelum mencampakkan ke dalam tong berisi simen. - Agensi