KUALA LUMPUR - Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami dehidrasi ketika terlibat pada hari pertama operasi memadam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor semalam.
Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor, Khairul Azuwan Ibrahim berkata, faktor seperti bahang kebakaran dengan suhu tinggi, melibatkan kawasan yang sangat luas serta jumlah mangsa yang ramai perlu dipindahkan antara cabaran yang terpaksa dihadapi anggota JBPM.