ISTANBUL - Tentera yang memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu pada Rabu terhadap kumpulan penentang ekoran gempa bumi dahsyat yang meragut hampir 2,900 nyawa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sebelum ini, junta menolak cadangan gencatan senjata daripada kumpulan penentang yang bertujuan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.