TOKYO - Jepun bersedia menyediakan bantuan geran kecemasan sekitar US$6 juta untuk mangsa gempa bumi dahsyat di Myanmar, kata kerajaan pada Rabu, lapor Agensi Berita Kyodo.
Kementerian Luar Jepun berkata bantuan itu akan disalurkan menerusi pertubuhan antarabangsa, memandangkan"keperluan kemanusiaan yang amat besar" dijangka di Myanmar, selepas angka korban akibat gempa bermagnitud 7.7 pada Jumaat lepas meningkat melebihi 2,700 orang.