Pejabat Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran saluran paip gas
Iklan
Pejabat Parlimen Puchong akan menyalurkan bantuan tunai segera RM1,000 kepada keluarga dari Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Heights, Putra Harmoni semalam. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pejabat Parlimen Puchong akan menyalurkan bantuan tunai segera RM1,000 kepada keluarga dari Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Heights, Putra Harmoni semalam.
Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berkata, bantuan kepada penduduk kedua-dua kampung, yang terletak di kawasan Parlimen berkenaan, akan diagih bermula hari ini terutama bagi mangsa yang kediaman mereka rosak sepenuhnya susulan tragedi itu.
Iklan
Iklan
"Bagi mangsa yang masih berada di kampung halaman, kami akan aturkan pengagihan susulan. Untuk mangsa kategori lain, kami akan mengagihkan sumbangan tunai sebaik kami mendapat data sah terkini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Bagaimanapun, beliau berkata, bagi sebarang keperluan kecemasan, penduduk di kawasan Parlimen itu boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Batu 13 di talian 011-2721 7445.
Iklan
Bee Yin berkata peruntukan RM10,000 juga disediakan untuk tindakan kecemasan lain bagi membantu penduduk di kawasan parlimen itu.
Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat pula memaklumkan setakat ini, seramai 529 mangsa insiden itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna MBSJ (Camelia). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>