Ubur-ubur ikan lele, cepat-cepatlah declare...

Iklan
Syed Saddiq dan Bella Astilah. (Kanan: Fattah Amin dan Amira Othman.)

PASTINYA sesiapa sahaja yang mengikuti kisah kemesraan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama ahli politik Syed Saddiq, sudah biasa dengan pantun ubur-ubur ikan lele itu.

Sebelum raya hari itu pun bukan main sakan mereka berbalas pantun sampai terlupa yang sebenarnya mereka sedang live sambil disaksikan beribu mata yang sedang memandang. Jadi nampaknya selepas raya nanti, ramai la yang menunggu berita gembira.

Iklan
Iklan

Ubur-ubur ikan lele, cepat le declare... Sebenarnya peminat tak sabar sebab sepanjang Ramadan lalu, ramai yang kerja sampai tertangguh kerana melihat keakraban pasangan yang pada awalnya sekadar rakan sekerja, namun semakin erat bagaikan pasangan kekasih.

Ternyata memang 'menjadi' gimik tersebut. Apatah lagi selepas klip video tersebut, Fattah dan Amira dilihat sering bersama-sama dalam pelbagai acara. Dah la kerap bersama, sedondon pula tu pakaiannya. Boleh dikatakan jodoh tu dah hampir cuma tinggal lagi tunggu kata putus ya atau tidak sahaja.

Iklan

Kalau betul ada jodoh, tak salah kita mendoakan mereka hingga ke jinjang pelamin. Yang pastinya, rakyat Malaysia dah merestui hubungan ini dan hanya menunggu saat indah dua pasangan ini.

Jadi, lepas raya ini kita nak tengok MuarSabah jadi kenyataan? Atau mungkinkah Fattah akan raya di Johor? Harap-harap happy ending lah ya.

Iklan

Hanya masa akan menentukan. Merak Jalanan akan sentiasa ada untuk menghulurkan doa dan ucapan tahniah. Raya ini mungkin kita beraya dengan pelbagai jenis kuih yang manis, namun kisah ‘cinta’ dua pasangan ini, nampaknya lebih gulanya lagi. Yang penting, cinta sejati tak perlu tergesa-gesa, asalkan berakhir dengan kebahagiaan yang berkekalan.