Arsenal tekad berbelanja besar tamatkan kemarau piala - Arteta
Iklan
Arteta. Foto AFP
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memberikan bayangan pasukan itu akan berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas ini bagi membawa kelab itu ke tahap seterusnya dan menamatkan kemarau kejuaraan mereka.
Kenyataan Arteta itu hadir sehari selepas The Gunners mengumumkan Andrea Berta sebagai pengganti kepada pengarah sukan Edu.
Iklan
Iklan
Berta sebelum ini berkhidmat bersama Atletico Madrid dan kini mengambil alih tugas di Emirates.
Arsenal kali terakhir meraih trofi pada 2020 menerusi Piala FA, namun kelab itu menerima kritikan kerana tidak mendapatkan penyerang dalam beberapa jendela perpindahan yang lalu.
Iklan
Tanpa penyerang utama, pasukan dari utara London itu ketinggalan jauh di belakang pendahulu liga, Liverpool.
Situasi ini menjadikan mereka berisiko untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat kedua buat kali ketiga berturut-turut.
Iklan
"Ia akan menjadi musim panas yang besar dan kami sangat teruja mengenainya.
"Apabila anda mahu menjadi pencabar sekali lagi, kami perlu menambah kekuatan skuad serta meningkatkan kualiti dan kemahiran yang diperlukan untuk melangkah ke tahap seterusnya.
"Setiap musim panas adalah penting kerana ia satu peluang untuk memperkukuhkan pasukan. Dengan bilangan pemain dalam skuad sekarang, perubahan sememangnya diperlukan,” katanya.
Meskipun harapan Arsenal untuk merangkul kejuaraan liga musim ini semakin pudar, mereka masih bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara dengan aksi suku akhir menentang gergasi Sepanyol, Real Madrid yang dijangka mencuri tumpuan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>