Kebakaran saluran gas: 190 rumah, 148 kereta terjejas

Iklan
Keadaan api yang hampir padam selepas berjaya dikawal sejak pagi, Selasa.

SUBANG JAYA - Sebanyak 190 unit rumah, 148 kereta dan 11 motosikal mengalami kerosakan akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, setakat jam 3.40 petang, pemadaman kebakaran masih dilakukan dan api hampir padam.

Iklan
Iklan

"Setakat ini 190 unit rumah, 148 unit kereta dan 11 unit motosikal dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran dan haba panas.

"Kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan kebakaran rumah juga sedang dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.10 pagi, Selasa.

Balai bantuan turut terlibat ialah BBP Puchong, BBP Shah Alam, BBP Jelutong, BBP Cyberjaya, BBP Rawang, BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara dan BBP Damansara, BBP KLIA dan BBP Serdang.

Iklan

Kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter.