KUALA LUMPUR - Pemantauan kualiti udara akan dijalankan susulan kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni Putra Heights Subang Jaya, Selangor pagi tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, JAS Selangor sudah menghantar pasukan awal ke lokasi berkenaan bagi membuat penilaian awal.