Angka korban gempa bumi Myanmar meningkat kepada 2,056

Iklan
Anggota pasukan mencari dan menyelamat memindahkan mangsa di tapak gempa bumi di bandar Mandalay, Myanmar. Foto Xinhua

YANGON - Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.9 magnitud yang melanda Myanmar pada Jumaat meningkat kepada 2,056 orang, dengan kira-kira 3,900 cedera dan hampir 270 lagi dilaporkan hilang, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Isnin, lapor Xinhua.

Pasukan penyelamat antarabangsa dan tempatan kini mengejar masa untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa di kawasan yang terjejas.

Iklan
Iklan

Kumpulan pertama bantuan bencana yang disediakan oleh Kerajaan China tiba di Myanmar pada Isnin. - Bernama/Xinhua

Iklan
Iklan