WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan telah menyebut nama bekas presiden Joe Biden, sekurang-kurangnya 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, dengan hampir kesemuanya dalam konteks negatif, menurut analisis yang diterbitkan oleh The New York Times dan dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.
Dalam tempoh itu, Trump menyebut nama"Biden" secara purata 6.32 kali sehari, menjadikannya antara istilah yang paling kerap digunakannya. Malah, beliau dilaporkan menyebut"Biden" lebih kerap berbanding"Amerika".