Lebih 800 rumah di barat daya China rosak akibat gempa bumi Myanmar

Iklan
Gempa bumi besar yang melanda Myanmar menyebabkan kerosakan di Ruili, China, dengan 847 kediaman terjejas dan dua orang cedera ringan. Foto Xinhua

KUNMING - Sebanyak 847 kediaman di Bandar Ruili, Wilayah Yunan di barat daya China yang bersempadan dengan Myanmar, mengalami kerosakan akibat gempa bumi besar yang melanda Myanmar pada Jumaat, lapor Xinhua.

Setakat tengah hari Sabtu, seramai 2,840 penduduk di kota yang terletak kira-kira 300 kilometer dari pusat gempa itu terjejas, menurut pihak berkuasa perbandaran Ruili.

Iklan
Iklan

Susulan gempa itu, kerajaan tempatan telah menggerakkan pasukan petugas bagi menjalankan operasi bantuan bencana, memantau risiko geologi, memeriksa projek pemuliharaan air, membaiki kemudahan elektrik serta melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan kecemasan.

Dua individu mengalami kecederaan ringan dalam gempa bumi itu dan telah menerima rawatan perubatan. Pihak berkuasa kini sedang menilai tahap kerugian yang dialami penduduk tempatan.

Iklan

Bekalan air, elektrik, pengangkutan dan komunikasi di Ruili kini kembali beroperasi seperti biasa.

Setakat ini, gempa bumi dahsyat itu telah mengorbankan 1,002 orang, mencederakan 2,376 yang lain serta menyebabkan 30 individu masih hilang di Myanmar. - Bernama-Xinhua

Iklan