Fayyad Affan masih belum ditemui, operasi SAR diteruskan

Iklan
Mohamad Fayyad Affan yang menghidap masalah pertuturan dan autisme ringan dikatakan keluar dari pintu belakang rumah.

BALING - Operasi pencarian kanak-kanak autisme yang hilang di Kuarters JPS Kampung Landak Paya, Kupang, diteruskan pada hari kedua bermula kira-kira 8 pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, operasi diteruskan pada hari kedua membabitkan 73 anggota dari pelbagai agensi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya di lokasi, anggota diberi taklimat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang, Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, yang masih belum ditemui.

"Operasi dimulakan jam 8 pagi di mana SAR turut disertai Unit K9 Bomba dengan kaedah mencari di sungai.

Iklan

"Pada jam 10.21 pagi, tiga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat pencarian di sungai iaitu kawasan disyaki mangsa jatuh," katanya.

Operasi turut membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), K9 PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bomba sukarela dan penduduk kampung.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak autisme disedari hilang setelah keluar dari rumahnya dekat kuarters berkenaan pada tengah hari Jumaat.

Zulkhairi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam kira-kira 2.36 petang dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pencarian yang turut dibantu pelbagai pihak sejak petang Jumaat.