[INFOGRAFIK] Tragedi menjelang Aidilfitri: Lima maut angkara tayar treler

Iklan
KLUANG - Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan kira-kira jam 11.30 malam itu mengakibatkan lima maut termasuk suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun.