Tiga beranak impi jadi usahawan biskut raya

Iklan
Siti Shazwanie (kanan) Siti Zaleha (dua dari kanan) dan Siti Nur Shazrafienna (dua dari kiri) bersama tenaga pengajar, Siti Noor Mardiana Mohd Nawawi.

PASIR MAS - Minat mendalam dalam pembuatan biskut raya mendorong tiga beranak dari Kampung Baru Pasir Pekan di Tumpat untuk mengorak langkah dalam dunia perniagaan meskipun tanpa pengalaman dalam bidang tersebut.

Siti Shazwanie Azman Shah, 33, berkata, dia bersama ibu, Siti Zaleha Abdul Rahman, 54, dan adiknya, Siti Nur Shazrafienna, 28, berhasrat membina perniagaan keluarga berasaskan biskut raya pada masa depan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, idea itu timbul selepas melihat permintaan tinggi terhadap biskut raya setiap tahun, selain minat mereka dalam bidang tersebut.

"Saya dan ibu tiada asas dalam perniagaan, tetapi kami ada minat dan mahu mencuba.

Iklan
Peserta lain yang turut menyertai Kursus Pembuatan Biskut Raya Kawasan Rukun Tetangga Kampung Baru Pasir Pekan di Kolej Komuniti Pasir Mas.

"Adik saya mula menjual kek secara dalam talian tahun lepas dan setakat ini, kami belajar menghasilkan beberapa jenis biskut seperti chocolate chip, bangkit cheese, cornflakes madu dan biscoff,” katanya.

Dia temui semasa menghadiri Kursus Pembuatan Biskut Raya Kawasan Rukun Tetangga Kampung Baru Pasir Pekan di Kolej Komuniti Pasir Mas di sini pada Rabu.

Iklan

Siti Shazwanie berkata, mereka masih dalam fasa percubaan dan hanya membuat biskut dari rumah, namun berharap dapat mengembangkan usaha itu menjadi perniagaan yang lebih besar.

Menurutnya, matlamat mereka adalah untuk menjadikan biskut sebagai sumber pendapatan tetap keluarga pada masa akan datang.

"Kami impikan perniagaan biskut yang lebih besar, mungkin satu hari nanti boleh ada jenama sendiri,” katanya.