Jakim kesal insiden hina Nabi Muhammad - KP
Iklan
Sirajuddin. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di media sosial baru-baru ini.
Menyifatkan tindakan itu sebagai 'tidak bijak’, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, ia menunjukkan sikap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Iklan
Iklan
"Sehubungan dengan itu, Jakim telah mengambil langkah untuk melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar tindakan yang sesuai diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau menegaskan perbuatan menghina agama adalah suatu tindakan yang tidak bermoral, tidak wajar dan tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak dalam masyarakat yang harmoni.
Iklan
Sirajuddin turut menyeru agar tindakan menghina agama dihentikan segera dan meminta semua pihak agar berhati-hati dan bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, perkataan atau penulisan yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau bangsa.
"Tindakan sedemikian hanya akan merosakkan keharmonian serta perpaduan rakyat Malaysia yang sudah lama dibina," katanya.
Iklan
Beliau berkata, Jakim akan terus memperhebat usaha dan program kesedaran dalam memastikan masyarakat lebih berhati-hati serta bijaksana dalam menggunakan media sosial.
Usaha itu katanya juga bertujuan untuk memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang adab dan sensitiviti agama dalam kalangan semua lapisan masyarakat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>