SEOUL - Sebuah penerbangan Asiana Airlines Inc. yang menuju ke Incheon dari Filipina ditangguhkan lebih 15 jam pada Jumaat selepas juruterbangnya kehilangan pasport, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pegawai industri.
Penerbangan OZ708 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina pada 1.35 pagi waktu tempatan, tetapi juruterbang tidak dapat meneruskan prosedur imigresen selepas pasportnya hilang.