Aidilfitri: Bertimbang rasa di jalan raya, elak pemanduan agresif
Iklan
Foto sumber Facebook Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengamalkan sikap bertimbang rasa dan saling menghormati, bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu pengalaman yang selamat, selesa dan bermakna.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat berkata, perjalanan pulang ke kampung bukan sekadar satu tradisi musim perayaan, tetapi juga satu amanah untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang tersayang selamat tiba ke destinasi.
Iklan
Iklan
"Fenomena balik kampung ini sering kali disertai dengan cabaran besar iaitu kesesakan jalan raya luar biasa, yang memberi tekanan kepada sistem jalan raya selain peningkatan risiko kemalangan akibat pemandu keletihan, kesesakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) serta pelanggaran peraturan jalan raya.
"Elakkan provokasi, pemanduan agresif atau sikap terburu-buru sehingga berisiko mengundang tragedi. Tiada yang lebih bermakna daripada melihat wajah-wajah insan tersayang menyambut kepulangan kita dengan senyuman, bukan air mata,” katanya yang turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Iklan
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam hantaran sama berkongsi unjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengenai aliran trafik harian yang dijangka meningkat sehingga 20 peratus bersamaan 2.2 juta kenderaan sehari, pada musim perayaan.
PLUS turut meramalkan jalan utama seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan laluan alternatif ke Pantai Timur mengalami kesesakan luar biasa, manakala trafik di jalan Persekutuan dan negeri dijangka meningkat antara 15 peratus hingga 25 peratus. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>