PERJALANAN ibadah umrah jemaah kini lebih lancar dengan penyediaan perkhidmatan khas bagi menggunting rambut yang memudahkan mereka keluar daripada ihram sepanjang Ramadan.
Seramai 150,000 jemaah umrah dilaporkan telah memanfaatkan kemudahan berkenaan, kata portal berita Saudi Gazette.
Iklan
Iklan
Buat pertama kali, percubaan perkhidmatan itu dijalankan di dataran Masjidil Haram sejak awal Ramadan bagi membantu jemaah menyempurnakan ibadah mereka dengan lebih mudah.
"Perkhidmatan ini membolehkan jemaah lelaki dan wanita menyempurnakan ibadah mereka dengan mudah melalui 12 lokasi khas di hadapan kawasan Marwa," kata pihak berkuasa tempatan sebagaimana dipetik menerusi Saudi Gazette.
Bagi memenuhi keperluan jemaah yang semakin ramai, unit gunting rambut bergerak disediakan dengan tenaga kerja seramai 112 orang serta peralatan yang disteril sepenuhnya.
"Sepanjang 21 hari Ramadan, seramai 836,574 jemaah telah menggunakan perkhidmatan kereta sorong, termasuk 643,364 yang menggunakan kereta golf elektrik," katanya.
Usaha itu membuktikan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan kemudahan jemaah dipertingkatkan, sekali gus menjadikan pengalaman ibadah lebih teratur dan selesa.