Tun M doakan kesembuhan Jamal Yunos, enggan ungkit cerita lama

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan kesembuhan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kini sedang dirawat di hospital kerana sakit kanser paru-paru.

Dr Mahathir menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat berkata, tidak perlulah mengungkit perkara lepas kepada saudara seIslam yang sedang menghadapi kesukaran.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sebaliknya doakan semoga Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

"Saya diberitahu bahawa Jamal sedang dirawat di hospital dan kini penyakitnya itu telah merebak ke otak.

Iklan

"Saya terbaca ada yang menyuruh Jamal meminta maaf kepada saya kerana kata-kata yang tidak wajar dilemparkannya terhadap saya dahulu semasa saya sedang menentang UMNO kerana kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagi saya tidak perlulah mengungkit," ujarnya.

Sebelum ini, Jamal kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengalami masalah kesihatan sejak Sabtu lalu.

Iklan

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim yang melawat Jamal pada malam Khamis memaklumkan, Jamal dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian leher dan kepala.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan doktor termasuk ujian pengimejan resonans magnet (MRI) menunjukkan sel kanser merebak ke bahagian otak.

Dalam masa sama Tun Mahathir turut memohon maaf kepada Jamal.

"Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya," ujarnya.