KAHERAH - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera pada Khamis apabila sebuah kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah, Mesir semasa lawatan di bandar peranginan Hurghada, menurut sumber rasmi di Governorat Laut Merah kepada Xinhua.
Lima daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala 29 penumpang lain diselamatkan dan dibawa kembali ke hotel mereka, menurut sumber itu yang enggan dikenali.