Kerajaan PH di Melaka bakal tumbang?

Iklan
Mohd Rafiq -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin mampu membentuk kerajaan baharu di Melaka bersama Perikatan Nasional sekali gus menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, situasi di Melaka merujuk kepada apa yang berlaku di peringkat Pusat.

Iklan
Iklan

"Buat masa sekarang di Melaka, Bersatu mempunyai dua kerusi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rumbia, Muhammad Jailani Khamis daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan hasrat untuk menyertai parti ini.

"Jadi, kita dicampur dengan Muhammad Jailani, kita mempunyai tiga kerusi Bersatu dan akan bekerjasama dengan 13 ADUN BN bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional," katanya kepada pemberita di pekarangan kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini hari ini.

Iklan

Beliau yang juga Exco Perindustrian, Pelaburan dan Perdagangan Melaka berkata, pihaknya akan berbincang dengan pimpinan UMNO atau Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Idris Haron.

"Kita nak dapatkan majoriti mudah dengan 15 sokongan ADUN. Sekarang kita ada 16 dan 12 di pihak Pakatan Harapan (PH).

Iklan

Ditanya adakah pertukaran kerajaan Melaka itu sah, Mohd Rafiq berkata, ia belum lagi kerana perlu dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob bagi membentuk kerajaan gabungan baharu.

"Kita masih menunggu tarikh daripada TYT, Insya-ALLAH dalam masa sehari dua ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar