Salehuddin kaji kedudukannya sebagai ahli Bersatu, ADUN Kuang

Iklan
Salehuddin memuat naik status kenyataan beliau di Facebook sebentar tadi.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Salehuddin Amiruddin bersedia mengkaji kedudukannya sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan pelantikan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Salehuddin berkata, beliau juga akan mengkaji kedudukannya sebagai ADUN Kuang.

Iklan
Iklan

"Saya tidak rela mandat rakyat di kawasan saya dikhianati dengan perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan," katanya menerusi kenyataannya yang memuat naik status di Facebooknya sebentar tadi.

Salehuddin sebelum ini meletakkan jawatannya sebagai Ketua Penerangan Bersatu Selangor berkuat kuasa kelmarin.

Iklan

Beliau berkata, keputusan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan tidak dapat diterima kerana prinsip maruah parti diletakkan jauh ke belakang.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Iklan

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar