Chong Wei, Nicol dipelawa sertai YAKEB

Iklan
Ahmad Shapawi. Foto Bernama

YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan mendekati nama-nama besar dalam arena sukan negara termasuk Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David untuk menyertai inisiatif mereka bagi membantu bekas atlet kebangsaan.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, lebih ramai bekas atlet yang berjaya akan dilibatkan untuk berkongsi pengalaman serta memberi inspirasi kepada ahli yayasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ketika ini kebanyakan ahli memerlukan bantuan, jadi kita mahu tukar konsep ini iaitu bekas atlet yang telah berjaya turut bersama kita,” katanya.

Beliau ditemui media pada majlis penyampaian sumbangan persediaan Hari Raya Aidilfitri oleh YAKEB di Bukit Kiara pada Rabu.

Iklan

Ahmad Shapawi turut memetik nama atlet badminton para yang berjaya dan begitu aktif membantu YAKEB.

"Contohnya Cheah Liek Hou, beliau memberi bantuan dengan menyelaraskan inisiatif untuk membantu rakan-rakan YAKEB,” katanya.

Iklan

Sebagai rekod, YAKEB ketika ini mempunyai lebih 3,000 bekas atlet yang mendaftar, sekali gus menjadikan ia platform penting dalam menjaga kebajikan mereka.