UMNO tidak akan bermusuh dengan Dr Mahathir: Annuar

Iklan
Tan Sri Annuar Musa. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang berlaku pada hari ini tidak memutuskan hubungan antara UMNO dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah dianggap sebagai keluarga.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun Dr Mahathir kembali menyertai Pakatan Harapan dan UMNO bersama Perikatan Nasional, ia bukan satu tiket untuk bermusuhan.

Iklan
Iklan

"Jangan terlalu gembira berlebihan, kita masih satu keluarga (dengan Dr Mahathir). Ini satu proses biasa.

"Apa yang penting ialah segala-galanya berjalan dengan baik, jangan terlampau teruja. Banyak lagi tugas di hadapan untuk membantu Perdana Menteri.

Iklan

Rakyat dan negara perlu diutamakan,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini.

Menurut Annuar, kejayaan Muhyiddin dan Perikatan Nasional membentuk kerajaan perlu disyukuri kerana telah menghentikan pergolakan politik yang melanda negara sepanjang seminggu ini.

Iklan

"Apa yang penting masalah pelantikan Perdana Menteri selesai mengikut peraturan dan Perlembagaan.

"Rakyat tidak lagi dalam keadaan tertanya-tanya dan yang lain-lain biarlah Presiden parti maklumkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar